Data Recovery ServicesFree Data Recovery Service Quote
Recover Data From Damaged Hard Drives, Corrupt or Failed Backups and Deleted File Recovery

Pakar Perkhidmatan Pemulihan Data secara Global

Jika ingin menghubungi Pakar Pemulihan Data Komputer: 00 800 82257464 (24 jam sehari - talian bebas toll).

Kami memahami keperluan anda yang mahukan khidmat pemulihan data yang cepat dan berkesan pada masa yang kritikal. Dengan lebih daripada 10 tahun pengalaman memulihkan data cakera keras, cakera dan pita, CBL mempunyai pengalaman, kepakaran, dan kemahiran dalam memulihkan data di pelbagai jenis media tidak kira jenis bentuk atau medium.

Cakera Keras Dan Pemulihan Kerosakan Data Yang Kami Baiki:

  • Kegagalan Cakera Keras Secara Mekanikal
  • Kerosakan Piring Daripada Hentakan Kepala
  • Pemadaman Fail Dan Partisyen
  • Mengformatsemula Cakera
  • Fail Yang Ditulis Semula
  • Kerosakan Fizikal Daripada Kebakaran Api Atau Banjir
  • Kegagalan Pengeluaran Eletrostatik (ESD)
  • Pencemaran Virus
  • Korupsi Perisian
  • Skrin Maut Biru
Dengan menggunakan teknologi pemulihan data berkomputer, pakar pemulihan data CBL akan membaikpulih data anda dengan cepat, terjamin, dan jimat kos. Berdasarkan polisi 100% kami, ‘Tiada Data, Tiada Bayaran’ jaminan pemulihan data, CBL menyediakan perkidmatan kepada pelanggan dengan terjamin, selesa dan melayani permintaan demi kepuasan pelanggan. Bayaran tidak akan dikenakan selagi data tidak dipulihkan. Ini jaminan kami.

Bagi Perkhidmatan Pemulihan Data : 00 800 82257464 Mulakan Proses Pemulihan Data

Proses pemulihan data komputer, Pemulihan Data Komputer Riba, Pemulihan Data dengan segera dan banyak lagi.


Mulakan proses pemulihan data CBL dengan mengisi borang pemulihan data ringkas secara atas talian atau hubungi talian bebas tol kami di 00 800 82257464 unuk berbicara dengan khidmat pelanggan kami professional. Khidmat pelanggan CBL anda akan bertanyakan beberapa soalan untuk mengenalpasti punca kehilangan data anda dan akan membimbing anda dalam proses pemulihan

Bergantung kepada jenis perkhidmatan yang anda perlukan, data anda mungkin boleh dipulihkan secepat 24 jam.

Sesudah cakera keras anda diterima oleh CBL, ia segera direkodkan ke dalam sistem kami. Pada ketika ini, anda akan menerima panggilan daripada pakar khidmat pelanggan kami yang akan mengesahkan penerimaan media anda dan mengumpul segala maklumat tambahan yang mungkin diperlukan oleh jurutera kami.

Cakera keras ini kemudiannya akan diletakkan di makmal kami untuk pemeriksaan percuma. Sewaktu pemeriksaan ini, sebuah salinan media akan dibuat. Sebagai sebahagian komitmen perkhidmatan kepada anda, sebuah salinan media yang berfungsi adalah penting bagi memastikan integriti keaslian data yang terjamin pada setiap masa.

Setelah penilaian selesai, pakar khidmat pelanggan akan menghubungi anda setelah mendapat keputusan dari makmal. Jika pemulihan data boleh dijalankan, sebut harga akan segera dihantar melalui faks atau emel untuk mendapatkan kebenaran anda.

Apabila data anda telah dipulihkan, ia akan melalui dengan proses kawalan kualiti yang ketat bagi memastikan data anda boleh digunakan.

Data kemudiannya akan dikembalikan dalam pilihan media anda. Dalam sesetengah keadaan, CD-Rom akan digunakan tetapi cakera keras boleh didapati jika diperlukan. Dalam sesetengah kes, CBL akan mengembalikan data secara atas talian melalui pertukaran FTP. Ini membolehkan anda memuaturun data secara mudah dan terjamin.

Bagi kes di mana data tidak boleh dibaikpulih, tiada bayaran dikenakan untuk pemeriksaan atau percubaan pemulihan data yang dijalankan.

Untuk mengendalikan proses penghantaran cakera keras anda, sila isikan borang pemulihan kami secara atas talian. Dari sistem pemulihan data kami secara atas talian, kami menyediakan nombor rujukan bagi memudahkan pengenalpastian dengan arahan perkapalan untuk media anda.

Sila hubungi kami sekarang untuk memulakan proses pemulihan data di talian 00 800 82257464.

Kembali ke atas