Data Recovery ServicesFree Data Recovery Service Quote
Dell Data Recovery Services For Dell desktops and laptops

Khidmat Pemulihan Data Komputer Dell

Untuk menghubungi pakar pemulihan data Dell: 1800-82-257-464 (24 jam sehari / 7 hari)

Pemulihan Data Dell di CBL adalah utama dan bertaraf antarabangsa. Dengan berbekalkan lebih daripada sepuluh tahun pengalaman dengan cakera keras di belakang kami, jurutera CBL adalah pilihan terbaik dalam memulihkan kehilangan data atau fail anda.

Selain daripada kepakaran perkhidmatan cakera keras kami, anda juga akan menerima perkhidmatan “Pemeriksaan Percuma” untuk memgenalpasti punca sebenar yang berkaitan dengan computer dell atau computer riba anda.

Akhir sekali, bagi memastikan semua pelanggan kami selesa dan berpuas hati dengan khidmat yang ditawarkan, khidmat pemulihan data CBL mempunyai polisi “Tiada data, Tiada bayaran”. Kami akan membaikpulih data yang anda perlukan atau tiada bayaran akan dikenakan. Semudah itu.

Untuk Perkhidmatan Pemulihan Data : 1800-82-257-464 Mulakan Proses Pemulihan Data

Cakera Keras Dan Pemulihan Bencana Data Yang Kami Berupaya Selamatkan:

  • Kegagalan Cakera Keras Secara Mekanikal
  • Kerosakan Piring Daripada Hentakan Kepala
  • Pemadaman Fail Dan Partisyen
  • Mengformatsemula Cakera
  • Fail Yang Ditulis Semula
  • Kerosakan Fizikal Daripada Kebakaran Api Atau Banjir
  • Kegagalan Pengeluaran Eletrostatik (ESD)
  • Pencemaran Virus
  • Korupsi Perisian
  • Skrin Maut Biru

CBL menyediakan proses pemulihan data kepada kesemua computer Dell, Server, Pita dan Komputer Riba:

CBL mampu memulihkan data dari semua jenis komputer meja, server, pita dan komputer riba. Dari barisan RAID dan kegagalan server syarikat, ke pemacu cakera keras individu dalam koputer meja atau komputer riba, CBL boleh memulihkannya. Berikut sebahagian daripada jenis komputer yang boleh dibaiki CBL:
  • Server Dell Siri Poweredge
  • Komputer Dell Optilex
  • Workstation Dell Siri Presicion
  • Komputer Dell Dimension
  • Komputer Riba Latitude Dell
  • Workstation Mobil Precision Dell
  • Komputer Riba Inspiron Dell
  • Pita Bantuan Siri Powervault Dell

Proses Pemulihan Data Dell


Mulakan proses pemulihan data CBL dengan mengisi borang pemulihan data ringkas secara atas talian Borang Pemulihan Data Dell atau hubungi talian bebas tol kami di 1800-82-257-464 unuk berbicara dengan khidmat pelanggan kami professional. Pakar khidmat pelanggan CBL akan bertanyakan beberapa soalan untuk mengenalpasti punca kehilangan data dan akan membimbing anda dalam proses pemulihan.

Bergantung kepada jenis perkhidmatan yang anda perlukan, data anda mungkin boleh dipulihkan secepat 24 jam.

Sesudah cakera keras anda diterima oleh CBL, ia hendaklah direkodkan ke dalam sistem kami. Pada ketika ini, anda akan menerima panggilan daripada khidmat professional pelanggan kami yang akan mengesahkan penerimaan media anda dan mengumpul segala maklumat tambahan yang mungkin diperlukan oleh jurutera kami.

Server, komputer, atau komputer riba Dell anda kemudiannya akan diletakkan di makmal kami untuk pemeriksaan percuma. Sewaktu pemeriksaan ini, sebuah salinan media akan dibuat. Sebagai sebahagian komitmen perkhidmatan kepada anda, sebuah salinan media yang berfungsi adalah penting bagi memastikan integriti keaslian data yang terjamin pada setiap masa.

Setelah penilaian selesai, pakar khidmat pelanggan akan menghubungi anda setelah mendapat keputusan dari makmal. Jika pemulihan data boleh dijalankan, sebut harga akan segera dihantar melalui faks atau emel untuk mendapatkan kebenaran anda.

Sesudah cakera keras anda diterima oleh CBL, ia hendaklah direkodkan ke dalam sistem kami. Pada ketika ini, anda akan menerima panggilan daripada khidmat professional pelanggan kami yang akan mengesahkan penerimaan media anda dan mengumpul segala maklumat tambahan yang mungkin diperlukan oleh jurutera kami.

Data kemudiannya akan dikembalikan dalam pilihan media anda. Dalam sesetengah keadaan, CD-Rom akan digunakan tetapi cakera keras boleh didapati jika diperlukan. Dalam sesetengah kes, CBL akan mengembalikan data secara atas talian melalui pertukaran FTP. Ini membolehkan anda memuaturun data secara mudah dan terjamin.

Bagi kes di mana data tidak boleh dibaikpulih, tiada bayaran dikenakan untuk pemeriksaan atau percubaan pemulihan data yang dijalankan.

Untuk mengendalikan proses penghantaran cakera keras anda, sila isikan borang pemulihan kami secara atas talian Borang pemulihan data Dell. Dari sistem pemulihan data kami secara atas talian, kami menyediakan nombor rujukan bagi memudahkan pengenalpastian dengan arahan perkapalan untuk media anda.

Sila hubungi kami sekarang untuk memulakan proses pemulihan data pelayan Dell di talian 1800-82-257-464


Kembali ke atas