Data Recovery ServicesFree Data Recovery Service Quote
Fujitsu Data Recovery Services For Samsung Hard Drives

Perkhidmatan Untuk Pemulihan Cakera Keras Fujitsu

Untuk Bercakap Dengan Pakar Pemulihan Data Khusus Untuk Fujitsu, Sila Hubungi : 00 800 82257464(24 Jam Bebas Tol / 7 Hari)

Perkhidmatan pemulihan data kami mampu untuk memulihkan kesemua kehilangan data penting anda dari kegagalan pemacu cakera keras MPG Fujitsu, Komputer Riba Lifebooks, Pelayan PrimePower, dan media Fujitsu yang berkenaan.

Pakar dalam pemulihan cakera keras Fujitsu adalah terlatih dan mampu untuk menggunakan peralatan dari firma tertentu untuk mengendalikan situasi kehilangan data, tanpa mengira jenis media. Mahupun jika cakera keras anda sudah tidak dijual, CBL mempunyai kemahiran dan kepintaran untuk memulihkan kesemua data-data penting anda.

Untuk memastikan anda selesa dan menerima tahap kepuasan yang anda harapkan dari pemberi khidmat yang terunggul, CBL memberikan anda penilaian media percuma untuk mengetahui masalah media anda. Dalam pada itu, kesemua perkhidmatan pemulihan data kami adalah mengikut prinsip 'Tiada Data, Jaminan Tiada Bayaran'. Kami akan memulihkan data yang anda mahu dan anda tidak perlu mengeluarkan satu sen.Ia sungguh mudah.

Bidang kami adalah khusus dalam projek pemulihan data Fujitsu :

  • Kerosakan Mekanikal Cakera Keras
  • Piring Rosak Disebabkan Oleh Kerosakan Pada Bahagian Hadapan
  • Fail Dan Pembahagian Yang Telah Terdelete
  • Format Semula Cakera
  • Masalah Siri MPG Fujitsu
  • Kerosakan Fizikal Dari Kebakaran Ataupun Banjir
  • Kerosakan Perlepasan Elektrostatik (ESD)
  • Serangan Virus Dan Kerosakan
  • Kerosakan Perisian
  • Skrin Biru Yang Menunjukan Kerosakan
Untuk Bantuan Pemulihan Data:00 800 82257464 Mulakan Proses Pemulihan Data Fujitsu

CBL Memberikan Pemulihan Data Untuk Kesemua Cakera Keras Fujitsu:

CBL memberikan perkhidmatan pemulihan cakera keras untuk kesemua model dan jenis media Fujitsu. Berikut merupakan senarai pendek mengenai produk cakera keras Fujitsu yang kami bekalkan:
  • Komputer riba siri LifeBook
  • Pelayan PrimePower untuk Solaris dan Unix
  • Pelayan PrimeQuest untuk Windows dan Linux
  • Pelayan Primergy untuk Windows dan Linux
  • Komputer Peribadi siri Scenic
  • Terminal Komputer siri Celsius
  • Komputer table siri Stylistic
  • Pemacu Cakera Keras siri MPG
  • Cakera KEras siri MAP
  • Pemacu Cakera Keras siri MAS
  • Pemacu cakera siri MAT
  • Cakera Keras siri MAV
  • Pemacu cakera keras siri MHV
  • Pemacu Cakera Optik siri Dynamo

Proses Pemulihan Cakera Keras Fujitsu


Proses pemulihan komputer riba CBL untuk data anda bermula dengan mengisi borang atas talian pemulihan data untuk fujitsu ,ataupun dengan hanya menghubungi kami di talian bebas tol 00 800 82257464 untuk bercakap dengan salah satu kakitangan profesional perkhidmatan pelanggan kami. Kakitangan profesional pemulihan komputer riba CBL akan bertanyakan beberapa soalan kepada anda untuk mengetahui punca kehilangan data anda dan memberikan anda panduan untuk langkah seterusnya.

Bergantung kepada jenis perkhidmatan pemulihan komputer riba yang anda pilih, pemulihan data anda mungkin dapat disiapkan hanya dalam masa secepat 24 jam.

Sebaik sahaja cakera keras Fujitsu anda diterima, dengan segara ia akan disimpan kedalam sistem kami. Di saat ini, anda akan menerima panggilan dari kakitangan perkhidmatan pelanggan CBL yang akan mengesahkan resit dan mengumpul maklumat yang lebih untuk menolong jurutera makmal CBL.

Cakera Keras anda akan diletakkan di makmal kami untuk penilaian percuma. Semasa proses penilaian ini, satu salinan media anda akan dibuat. Sebagai satu komiten perkhidmatan kami kepada anda, satu salinan media sd yang boleh digunapakai adalah perlu untuk memastikan ketulenan data asal anda dijaga pada setiap masa.

Setelah penilaian selesai, pakar khidmat pelanggan akan menghubungi anda setelah mendapat keputusan dari makmal. Jika pemulihan data boleh dijalankan, sebut harga akan segera dihantar melalui faks atau emel untuk mendapatkan kebenaran anda.

Apabila data anda telah dipulihkan, ia akan melalui dengan proses kawalan kualiti yang ketat bagi memastikan data anda boleh digunakan.

Data kemudiannya akan dikembalikan dalam pilihan media anda. Dalam sesetengah keadaan, CD-Rom akan digunakan tetapi cakera keras boleh didapati jika diperlukan. Dalam sesetengah kes, CBL akan mengembalikan data secara atas talian melalui pertukaran FTP. Ini membolehkan anda memuaturun data secara mudah dan terjamin.

Bagi kes di mana data tidak boleh dibaikpulih, tiada bayaran dikenakan untuk pemeriksaan atau percubaan pemulihan data yang dijalankan.

Untuk mengendalikan proses penghantaran cakera keras anda, sila isikan borang pemulihan kami secara atas talian borang pemulihan data Fujitsu. Dari sistem pemulihan data kami secara atas talian, kami menyediakan nombor rujukan bagi memudahkan pengenalpastian dengan arahan perkapalan untuk media anda.

Sila hubungi kami sekarang untuk memulakan proses pemulihan data pelayan Fujitsu di talian 00 800 82257464.


Kembali ke atas