Data Recovery ServicesFree Data Recovery Service Quote
Notebook Data Recovery, Laptop File Recovery

Perkhidmatan Pemulihan Cakera Keras Komputer Riba

Untuk Bercakap Dengan Pakar Pemulihan Data Khusus Untuk Komputer Riba, Sil Hubungi : 1800-82-257-464(24 Jam Bebas Tol)

Dengan teknologi hari ini, komputer riba boleh dikatakan selalu diguna dan setiap hari banyak data kritikal di simpan di dalam komputer riba. Pengilang cakera keras mengesyorkan CBL yang mempunyai pengalaman dalam memulihkan semua data dari semua jenis kerosakan komputer riba.

Pengkhususan kami dalam situasi yang sering berlaku dalam pemulihan data komputer riba adalah seperti berikut:

  • Kerosakan mekanikal cakera keras
  • Komputer riba yang telah terjatuh
  • Mendelete fail secara tidak sengaja ataupun kesilapan manusia
  • Format semula cakera
  • Menulis semula fail dan Pembahagian yang rosak
  • Kerosakan fizikal berpunca dari kebakaran atau banjir
  • Kerosakan perlepasan elektrostatik (ESD)
  • Serangan virus dan kerosakan
  • Kerosakan perisian
  • Skrin biru yang menunjukan kerosakan
Untuk Bantuan Pemulihan Data:1800-82-257-464 Mulakan Proses Pemulihan Komputer Riba

Pakar Pemulihan Data khusus untuk Komputer Riba


Sebagai pembekal pekhidmatan pemulihan data khusus untuk komputer riba yang terunggul di dunia, CBL telah dapat memulihkan data dari komputer riba yang mana kebanyakan syarikat dalam industri ini telah gagal. Pakar pemulihan cakera keras kami merupakan pakar yang benar-benar pakar dalam pemulihan data, dengan alatan yang diperlukan dan pengetahuan yang mendalam mengenai teknologi cakera keras dalam memastikan data anda dapat dipulihkan dengan jayanya.

Pemulihan Data Komputer Riba Yang Disokong OEM


Cara CBL memulihkan data untuk komputer riba adalah dijamin selamat dan disyorkan oleh pengilang -pengilang cakera keras terkemuka termasuk Western Digital, Toshiba, Fujitsu, Maxtor dan banyak lagi. Dengan yakin, jika anda memerlukan perkhidmatan pemulihan data, anda telah menemui tempat yang tepat. CBL akan menolong anda.

Proses Pemulihan Komputer Riba


Proses pemulihan komputer riba CBL untuk data anda bermula dengan borang pemulihan data untuk komputer riba kami ataupun, dengan hanya menghubungi kami di talian bebas tol 1800-82-257-464 untuk bercakap dengan salah satu kakitangan profesional perkhidmatan pelanggan kami. Kakitangan profesional pemulihan komputer riba CBL akan bertanyakan beberapa soalan kepada anda untuk mengetahui kebarangkalian memulihkan data, kos dan memberikan anda panduan untuk langkah seterusnya. Bergantung kepada jenis perkhidmatan pemulihan computer riba yang anda pilih, pemulihan data anda mungkin akan siap dalam masa 24 jam.

Kebiasaannya, CBL hanya memerlukan cakera keras dari komputer riba anda. Terdapatnya situasi dimana komputer riba tersebut rosak fizikalnya, anda boleh menghantar keseluruh sistem tersebut. Sebaik sahaja cakera keras diterima, dengan segara ia akan di simpan kedalam sistem kami. Di saat ini, anda akan menerima panggilan dari kakitangan perkhidmatan pelanggan CBL yang akan mengesahkan resit dan mengumpul maklumat yang lebih untuk menolong jurutera makmal CBL. Cakera keras anda dengan pantas akan dihantar ke makmal untuk penilaian. Dalam proses penilaian ini, apabila perlu, satu salinan media anda akan dibuat. Sebagai satu polisi penubuhan CBL, ia adalah pasti untuk kami memastikan data asal dan media tidak akan dikompromi dalam apa situasi sekalipun.

Sebaik sahaja proses penilaian tamat, kakitangan profesional perkhidmatan pelanggan anda akan menghubungi anda untuk memberikan keputusannya. Jika pemulihan data dapat dibuat, satu senarai sebut harga akan di fax atau diemailkan untuk mendapat kelulusan anda.

Apabila data dapat dipulihkan, ia akan dibawa untuk melalui satu proses untuk menentukan kualiti dimana ia akan menunjukkan sama ada data tersebut dalam format yang boleh digunakan.

Data anda akan dikembalikan dalam media pilihan anda. Kebiasaannya, pemacu cakera padat akan digunakan (CD-ROM) tetapi anda juga boleh memilih cakera keras sebagai media pilihan anda. Dalam kes yang lain, CBL juga boleh menghantar data melalui pemindahan FTP.Ini akan membolehkan anda memuat turunkan data anda dari server kami secara cepat dan selamat.

Jika terdapat situasi dimana data tidak dapat dipulihkan, tiada bayaran yang akan diminta.

Untuk mengatur penghantaran cakera keras anda, sila klik di peraturan penghantaran. Anda boleh menghubungi kami melalui talian bebas untuk bercakap dengan kakitangan profesional perkhidmatan pelanggan kami untuk mendapatkan peraturan penghantaran dan nombor ID projek.

Hubungi kami sekarang untuk memulakan pemulihan data komputer riba anda di 1800-82-257-464

Kembali ke atas