Data Recovery ServicesFree Data Recovery Service Quote
Recover Data From Damaged Hard Drives, Corrupt or Failed Backups and Deleted File Recovery

Khidmat Pemulihan Data Linux

Hubungi Pakar Pemulihan Data Linux: 00 800 82257464 (talian bebas tol 24 jam)

CBL boleh membantu jika anda mengalami masalah kehilangan data dan memerlukan khidmat pemulihan data linux. Data anda boleh dikembalikan dalam masa 3-5 hari bekerja dengan perkhidmatan pemulihan fail linux kami. Kami juga menawarkan bantuan pemulihan data segera 24 jam sehari, 7 hari seminggu jika anda perlukan pemulihan linux dengan segera. Pemulihan Data Linux Segera mampu disiapkan dalam jangka masa 24 jam sekurang-kurangnya.

Masalah Lazim Pemulihan Fail Linux dan Kehilangan Data:

  • Kerosakan Server
  • Fail Atau Pembahagi Yang Terpadam
  • Kegagalan Sistem Pengoperasian Linux
  • Cakera Yang Telah Diformat
  • Fail Yang Telah Ditulis-semula
  • Kerosakan Fizikal Akibat Kebakaran Atau Banjir
  • Kerosakan Mekanikal Cakera Keras
  • Penyebaran Virus
  • Kerosakan Perisian
  • Kerosakan RAID, SAN, NAS, Server
Jenis Media Lazim Untuk Pemulihan Linux:
  • Barisan RAID Banyak Cakera – RAID 0, RAID 1, RAID 5
  • Cakera Keras – IDE, SCSI, Firewire
  • Katrij dan Perpustakaan Pita
  • SAN, NAS, Server Data dan Salinan
  • Media Digital dan Boleh-Alih
  • Semua Jenis Media Lain. Kami Boleh Memulihkannya.
Pemulihan Data Linux Yang Kami Baiki:
  • Redhat Linux
  • Novell SuSE Linux
  • SCO Group OPpenLinux
  • Debian Linux
  • Mandriva Mandrake Linux
  • Semua Jenis Sistem Pengoperasian Lain. Kami Boleh Memulihkannya.
Dengan menggunakan teknologi pemulihan data komputer yang sepadan, pakar pemulihan data linux di CBL boleh mengembalikan data penting anda dengan cepat, selamat dan jimat kos. Jaminan pemulihan data 100% “Tiada Data, Tiada Bayaran” memastikan para pelanggan kami berpuas hati dengan perkhidmatan yang memang diinginkan dari pembekal khidmat pemulihan data. Anda tidak perlu membayar jika data anda tidak dipulihkan. Ini jaminan kami.

Dapatkan Bantuan Pemulihan Data: 00 800 82257464 Mulakan Proses Pemulihan Data Linux

Proses Pemulihan Data Bagi Kerosakan Fail dan Kegagalan Server Linux


Mulakan proses pemulihan data CBL dengan mengisi boring ringkas pemulihan data linux atas talian kami atau hubungi kami di talian bebas tol 00 800 82257464 untuk berhubung dengan salah seorang pakar khidmat pelanggan kami. Pakar khidmat pelanggan CBL anda akan bertanya beberapa soalan untuk mengenalpasti sebab kehilangan data anda dan akan memimpin anda melalui proses pemulihan.

Bergantung kepada tahap perkhidmatan yang diperlukan, data anda dapat dikembalikan dalam jangka masa 24 jam sekurang-kurangnya.

Sebaik sahaja cakera keras anda diterima CBL, ia akan segera dimuatkan ke dalam sistem kami. Anda akan menerima panggilan daripada perunding perkhidmatan CBL yang akan mengesahkan media anda telah diterima dan seterusnya meminta maklumat tambahan yang diperlukan jurutera pemulih data kami.

Cakera keras anda akan ditempatkan di dalam makmal kami untuk penilaian percuma. Pada masa yang sama, salinan media anda akan dibuat. Sebagai sebahagian komitmen perkhidmatan kami kepada anda, satu salinan yang boleh digunakan adalah penting untuk memastikan integriti data anda yang asli dipelihara pada setiap masa.

Sebaik sahaja selesai penilaian, pakar khidmat pelanggan kami akan menghubungi anda berkenaan keputusan makmal. Jika data dapat dipulihkan, sebut harga akan difakskan atau diemelkan dengan segera kepada anda.

Setelah data dipulihkan, proses pengawalan mutu yang ketat memastikan data tersebut boleh digunakan.

Data anda akan dipulangkan dalam media pilihan anda. Lazimnya cakera padat sering digunakan namun cakera keras boleh dipakai jika perlu. Dalam sesetengah kes, CBL boleh memulangkan data atas talian melalui pemindahan FTP (Protokol Pemindahan Fail). Dengan cara ini, data anda boleh dimuat turun dengan cepat dan selamat.

Jika data tidak boleh dipulihkan pula, anda tidak akan dikenakan bayaran untuk penilaian mahupun percubaan pemulihan data yang telah dijalankan.

Sila isi borang pemulihan data atas talian kami untuk menguruskan penghantaran cakera keras anda. Sistem pemulihan data atas talian ini akan menyediakan nombor rujukan tugas untuk tujuan pengesanan serta arahan pengangkutan media anda.

Hubungi kami sekarang untuk memulakan proses pemulihan data linux anda di talian 00 800 82257464.

Kembali ke atas