Data Recovery ServicesFree Data Recovery Service Quote
Recover Data From Damaged Hard Drives, Corrupt or Failed Backups and Deleted File Recovery

Perkhidmatan Pemulihan Data Macintosh

Untuk berhubung dengan pakar pemulihan Apple: 00 800 82257464 (talian bebas tol 24 jam sehari)

Kami memahami kehendak anda mendapatkan khidmat pemulihan data Macintosh yang cepat, tepat dan berkesan ketika waktu-waktu kritikal. Kami mempunyai pengalaman 10 tahun dalam khidmat pemulihan cakera keras dan data Macintosh. Memang terjamin CBL mampu memulihkan data daripada semua jenis media dan format.

Kami di CBL telah berjaya membangunkan teknik-teknik pemulihan data Macintosh yang membantu membekalkan perkhidmatan pemulihan data Apple yang pantas, sulit dan selamat.

Tidak kira apa masalah kehilangan data anda, pakar pemulihan data macintosh CBL sedia membantu. Tambahan, dengan polisi “tiada data, tiada bayaran” kami, jika kami tidak berjaya memulihkan data anda, kami tidak akan mengenakan bayaran.

Masalah Pemulihan Data Apple Yang Kami Baiki:

  • Pemulihan Fail Media dan Grafik
  • Fail dan pembahagian yang telah terpadam
  • Kegagalan sistem pengoperasian Mac
  • Format semula cakera
  • Tulis semula fail
  • Kerosakan fizikal akibat kebakaran atau banjir
  • Kerosakan Mekanikal Pada Cakera Keras
  • Serangan virus
  • Kerosakan perisian
  • Pemulihan server G5
Jenis-jenis media bagi pemulihan novel:
  • Cakera keras – IDE, SCSI, Firewire
  • Sistem server G5
  • Server data and salinan sandar XServe
  • Pemulihan fail data dan muzik Ipod
  • Apa jua jenis media. Kami mampu memulihkannya.
Kami Memulihkan Data Apple Berikut:
  • Pemulihan XServe G5, RAID
  • Pemulihan bencana Power Mac G5
  • Pemulihan IMac, Emac Atas Meja
  • Pemulihan fail Mac Mini
  • Pemulihan Powerbook dan Ibook
  • Apa Jua Sistem Operasi. Kami Mampu Memulihkannya.
Dengan menggunakan sepenuhnya teknologi pemulihan data komputer, pakar pemulih macintosh CBL akan memulihkan data yang anda perlu dengan pantas, selamat dan kos-efektif. Disokong 100% oleh jaminan “Tiada Data, Tiada Bayaran”, CBL menjamin keselesaan, sekuriti, dan kepuasan yang diingini daripada pembekal perkhidmatan pemulihan mereka kepada semua pelanggan kami. Kami memulihkan data anda atau anda tidak perlu bayar. Ini jaminan kami.

Untuk Bantuan Pemulihan Data: 00 800 82257464 Mula Proses Pemulihan Data Mac

Proses Perkhidmatan Pemulihan Data Komputer Macintosh


Mulakan proses pemulihan data CBL dengan mengisi borang pemulihan data apple atas talian kami atau hubungi kami di talian bebas tol 1-800-551-3917 untuk berhubung dengan salah seorang pakar khidmat pelanggan kami. Pakar khidmat pelanggan CBL anda akan bertanya beberapa soalan untuk mengenalpasti sebab kehilangan data anda dan akan memimpin anda melalui proses pemulihan.

Bergantung kepada jenis perkhidmatan pemulihan yang anda perlukan, pemulihan data anda boleh disiapkan dalam masa secepat 24 jam.

Setelah cakera keras anda diterima oleh CBL, ia akan segera dicatatkan ke dalam sistem kami. Pada masa yang sama, anda akan menerima panggilan daripada pakar khidmat pelanggan CBL yang akan mengesahkan penerimaan media anda dan mengumpul maklumat tambahan yang diperlukan oleh jurutera pemulih data kami.

Selepas itu cakera keras anda akan ditempatkan di dalam makmal kami untuk penilaian percuma. Pada masa yang sama, salinan media anda akan dibuat. Sebagai sebahagian komitmen perkhidmatan kami kepada anda, satu salinan yang boleh digunakan adalah penting untuk memastikan integriti data anda yang asli dipelihara pada setiap masa.

Setelah penilaian selesai, pakar khidmat pelanggan anda akan menghubungi anda dengan keputusan makmal. Jika pemulihan data boleh dilakukan, sebut harga akan difakskan atau diemelkan dengan segera kepada anda.

Setelah data dipulihkan, proses pengawalan mutu yang ketat memastikan data tersebut boleh digunakan.

Data anda akan dipulangkan dalam media pilihan anda. Lazimnya cakera padat sering digunakan namun cakera keras boleh dipakai jika perlu. Dalam sesetengah kes, CBL boleh memulangkan data atas talian melalui pemindahan FTP (Protokol Pemindahan Fail). Dengan cara ini, data anda boleh dimuat turun dengan cepat dan selamat.

Jika data tidak boleh dipulihkan pula, anda tidak akan dikenakan bayaran untuk penilaian mahupun percubaan pemulihan data yang telah dijalankan.

Untuk menguruskan penghantaran cakera keras anda, sila isi borang pemulihan data atas talian kami. Sistem pemulihan data atas talian kami menyediakan nombor rujukan tugas untuk tujuan pengesanan bersama arahan pengangkutan media anda.

Hubungi kami sekarang untuk memulakan proses pemulihan macintosh di talian 00 800 82257464.

Kembali ke atas