Hubungi Pakar Pemulihan Data Maxtor: 1800-82-257-464 (24 jam / 7 hari seminggu)
Anda mengalami masalah kehilangan data dan perlukan khidmat pemulihan data Maxtor? Pakar pemulihan cakera keras Maxtor kami boleh membantu anda mendapatkan kembali kesemua data-data penting. Anda mungkin seorang individu atau sesebuah syarikat yang mengalami kerosakan cakera keras atau komputer Maxtor, jurutera kami bersedia membantu anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kami akan memulihkan data anda yang hilang, atau tiada bayaran diperlukan. Itu jaminan kami.
Khidmat Pemulihan Cakera Maxtor Kami Memang Terjamin:
Sebagai peneraju khidmat pemulihan data seluruh dunia, kami menawarkan khidmat pemulihan cakera keras yang memang terjamin. Berbeza dengan pesaing kami, CBL diberi kuasa membuka cakera keras Maxtor anda tanpa melanggar perjanjian jaminan pengilang asal.
Perkhidmatan Pemulihan Cakera Keras Maxtor Yang Kami Baiki:
- Kerosakan Mekanikal Cakera Keras
- Kepala Tersasar Menyebabkan Kerosakan Piring
- Fail dan Pembahagi yang Terpadam
- Cakera Telah Diformat
- Fail Ditulis-Semula
|
- Kerosakan Fizikal Akibat Kebakaran Atau Banjir
- Kegagalan Pemunggahan Elektrostatik
- Pencemaran Virus
- Kerosakan Perisian
- Skrin Biru Maut
|
Proses Pemulihan Cakera Keras Maxtor
Mulakan proses pemulihan data CBL dengan mengisi borang
pemulihan data Maxtor atas talian kami atau hubungi kami di panggilan bebas tol 1800-82-257-464 untuk berhubung dengan salah seorang pakar khidmat pelanggan kami. Pakar khidmat pelanggan CBL anda akan bertanya beberapa soalan untuk mengenalpasti sebab kehilangan data anda dan akan memimpin anda melalui proses pemulihan.
Bergantung kepada tahap perkhidmatan yang anda perlukan, data anda akan dikembali-pulihkan dalam masa 24 jam sekurang-kurangnya.
Setelah cakera keras anda diterima oleh CBL, ia akan segera dicatatkan ke dalam sistem kami. Pada masa yang sama, anda akan menerima panggilan daripada pakar khidmat pelanggan CBL yang akan mengesahkan penerimaan media anda dan mengumpul maklumat tambahan yang diperlukan oleh jurutera pemulih data kami.
Selepas itu cakera keras anda akan ditempatkan di dalam makmal kami untuk penilaian percuma. Pada masa yang sama, salinan media anda akan dibuat. Sebagai sebahagian komitmen perkhidmatan kami kepada anda, satu salinan yang boleh digunakan adalah penting untuk memastikan integriti data anda yang asli dipelihara pada setiap masa.
Setelah penilaian selesai, pakar khidmat pelanggan anda akan menghubungi anda dengan keputusan makmal. Jika pemulihan data boleh dilakukan, sebut harga akan difakskan atau diemelkan dengan segera kepada anda.
Setelah data dipulihkan, proses pengawalan mutu yang ketat memastikan data tersebut boleh digunakan.
Data anda akan dipulangkan dalam media pilihan anda. Lazimnya cakera padat sering digunakan namun cakera keras boleh dipakai jika perlu. Dalam sesetengah kes, CBL boleh memulangkan data atas talian melalui pemindahan FTP (Protokol Pemindahan Fail). Dengan cara ini, data anda boleh dimuat turun dengan cepat dan selamat.
Jika data tidak boleh dipulihkan pula, anda tidak akan dikenakan bayaran untuk penilaian mahupun percubaan pemulihan data yang telah dijalankan.
Untuk menguruskan penghantaran cakera keras anda, sila isi borang
pemulihan data atas-talian kami. Sistem pemulihan data atas talian kami menyediakan nombor rujukan tugas untuk tujuan pengesanan bersama arahan pengangkutan media anda.
Hubungi kami sekarang untuk memulakan proses pemulihan data cakera keras di talian 1800-82-257-464.