Langkah 1: Penilaian Pemulihan Data 100% Percuma Dengan Sebut Harga
Apabila media anda diterima di salah satu pusat kemudahan kami, dengan segera ia melalui proses penilaian yang percuma dan tidak-mengganggu, untuk memastikan punca kehilangan data. Staf khidmat pelanggan kami yang berpengalaman akan segera memaklumkan anda tentang keputusannya, menyediakan dokumen sebut harga dan mengesahkan langkah seterusnya bagi cakera keras, barisan RAID, pemacu pita, computer riba, atau lain-lain khidmat pemulihan sebelum anda membuat sebarang bayaran. Anda perlu mengesahkan sebut harga tersebut sebelum kami meneruskan khidmat pemulihan data tersebut.
Jangkamasa: 4-6 jam daripada masa cakera keras and diterima.
Langkah 2: Pemulihan Data Dijalankan Berdasarkan Keputusan Penilain Dan Persetujuan Pelanggan
Selepas pengesahan dibuat, process pemulihan data akan diteruskan berdasarkan spesifikasi fail dan keputusan penilaian. Kesemua projek pemulihan data kami dijalankan dalam makmal yang dikawal sepenuhnya. Di samping itu, cakera keras yang mengalami kerosakan fizikal akan dipulihkan dalam sebuah “bilik bersih”yang merupakan bilik bebas statik untuk memastikan cakera tersebut berada dalam keadaan optimum.
Khidmat Segera: 12-72 jam
Khidmat Normal: 3-5 Hari Bekerja
Langkah 3: Data Dipulihkan Dan Kualiti Diteliti Untuk Ketulenan
Selepas data dipulihkan, ia melalui proses kawalan kualiti yang ketat. Proses in memastikan bahawa pasukan pemulihan kami berjaya memulihkan fail-fail yang paling penting kepada anda. Mereka juga akan menguji beberapa fail untuk memastikan data yang dipulihkan boleh digunakan.
Langkah 4: Data Yang Dipulihkan Dibungkus dan Dikembalikan Bersama Arahan Pemasangan
Selepas pasukan kawalan kualiti telah mengesahkan ketulenan data yang dipulihkan, kami akan membalut data tersebut dengan teliti dan memulangkanya kepada anda. Lazimnya data akan dipulangkan dalam cakera padat, namun terdapat pelbagai pilihan media lain dengan bayaran berpatutan jika anda perlukannya.
Antara Pilihan Media Destinasi Termasuk (Tetapi Tidak Terhad Kepada):
CD, DVD, Pemacu Caker Keras, Hantaran Atas Talian Melalui FTP, Firewire Luaran dan Pemacu Salinan.