Data Recovery ServicesFree Data Recovery Service Quote
Recover Data From Damaged Hard Drives, Corrupt or Failed Backups and Deleted File Recovery

Khidmat Pemulihan Data Novell

Hubungi Pakar Pemulihan Data Novell: 00 800 82257464 (24 jam / 7 hari seminggu)

Kami memahami keinginan anda mendapatkan khidmat pemulihan data Novell yang cepat, tepat dan berkesan ketika waktu-waktu kritikal. Kami mempunyai pengalaman 10 tahun dalam khidmat pemulihan cakera keras, cakera dan data Novell. Memang terjamin CBL mampu memulihkan data daripada semua jenis media dan format.

Dengan menggunakan teknologi pemulihan cakera Novell berserta pengalaman kami, pakar CBL dapat mengembalikan data anda dalam masa 24 jam sekurang-kurangnya.

Khidmat Pemulihan Data Novell Yang Kami Baiki:

  • Kerosakan Server
  • Fail dan Pembahagi Terpadam
  • Kegagalan Sistem Pengoperasian Novell
  • Cakera Telah Diformat
  • Fail Ditulis-Semula
  • Kerosakan Fizikal Akibat Kebakaran Atau Banjir
  • Kerosakan Mekanikal Cakera Keras
  • Penyebaran Virus
  • Kerosakan Perisian
  • Kegagalan RAID, SAN, NAS dan Server
Jenis-jenis Media Lazim Untuk Pemulihan Novell:
  • Barisan RAID Banyak Cakera – RAID 0, RAID 1, RAID 5
  • Cakera Keras – IDE, SCSI, Firewire
  • Katrij Dan Perpustakaan Pita
  • SAN, NAS, Server Data Dan Salinan
  • Media Digital Dan Boleh-Alih
  • Apa Jua Jenis Media. Kami Boleh Memulihkannya.
Kami Memulihkan Data Novell Berikut:

  • Novell Netware 3.x, 4.x, 5.x, 6.x
  • Novel Netware For Small Business
  • Novell Intranetware
  • Novell Linux Desktop
  • SuSE Linux Entreprise
  • Apa Jua Jenis Sistem Pengoperasian. Kami Boleh Memulihkannya.
Dengan menggunakan teknologi pemulihan data komputer yang sepadan, pakar pemulihan data Novell di CBL boleh mengembalikan data penting anda dengan cepat, selamat dan jimat kos. Jaminan pemulihan data 100% “Tiada Data, Tiada Bayaran” memastikan para pelanggan kami berpuas hati dengan perkhidmatan yang memang diinginkan dari pembekal khidmat pemulihan data. Anda tidak perlu membayar jika data anda tidak dipulihkan. Ini jaminan kami.

Hubungi Bantuan Pemulihan Data: 00 800 82257464 Mulakan Proses Pemulihan Data Novell

Proses Pemulihan Data Untuk Komputer Novell


Mulakan proses pemulihan data CBL dengan mengisi borang ringkas pemulihan data novell atas talian kami atau hubungi kami di talian bebas tol 00 800 82257464 untuk berhubung dengan salah seorang pakar khidmat pelanggan kami. Pakar khidmat pelanggan CBL anda akan bertanya beberapa soalan untuk mengenalpasti sebab kehilangan data anda dan akan memimpin anda melalui proses pemulihan.

Bergantung kepada tahap perkhidmatan yang diperlukan, data anda dapat dikembalikan dalam jangka masa 24 jam sekurang-kurangnya.

Sebaik sahaja cakera keras anda diterima CBL, ia akan segera dimuatkan ke dalam sistem kami. Anda akan menerima panggilan daripada perunding perkhidmatan CBL yang akan mengesahkan media anda telah diterima dan seterusnya meminta maklumat tambahan yang diperlukan jurutera pemulih data kami.

Cakera keras anda akan ditempatkan di dalam makmal kami untuk penilaian percuma. Pada masa yang sama, salinan media anda akan dibuat. Sebagai sebahagian komitmen perkhidmatan kami kepada anda, satu salinan yang boleh digunakan adalah penting untuk memastikan integriti data anda yang asli dipelihara pada setiap masa.

Sebaik sahaja selesai penilaian, pakar khidmat pelanggan kami akan menghubungi anda berkenaan keputusan makmal. Jika data dapat dipulihkan, sebut harga akan difakskan atau diemelkan dengan segera kepada anda.

Setelah data dipulihkan, proses pengawalan mutu yang ketat memastikan data tersebut boleh digunakan.

Data anda akan dipulangkan dalam media pilihan anda. Lazimnya cakera padat sering digunakan namun cakera keras boleh dipakai jika perlu. Dalam sesetengah kes, CBL boleh memulangkan data atas talian melalui pemindahan FTP (Protokol Pemindahan Fail). Dengan cara ini, data anda boleh dimuat turun dengan cepat dan selamat.

Jika data tidak boleh dipulihkan pula, anda tidak akan dikenakan bayaran untuk penilaian mahupun percubaan pemulihan data yang telah dijalankan.

Sila isi borang pemulihan data atas talian kami untuk menguruskan penghantaran cakera keras anda. Sistem pemulihan data atas talian ini akan menyediakan nombor rujukan tugas untuk tujuan pengesanan serta arahan pengangkutan media anda.

Hubungi kami sekarang untuk memulakan proses pemulihan data linux anda di talian 00 800 82257464.

Kembali ke atas