Data Recovery ServicesFree Data Recovery Service Quote
Quantum Data Recovery Services For DAT, DLT, and all Tape Cartridges

Perkhidmatan Pemulihan Data Pita Quantum

Untuk berhubung dengan pakar Pemulihan Data Pita Quantum: 1800-82-257-464 (24 jam)

CBL Data Recovery Technologies Inc. boleh memulihkan data daripada semua jenis pemacu pita termasuk: DLT, DAT, AIT dan DDS. Jika anda memerlukan data dipulihkan dari kartrij pita, tidak kira apa jenis, sistem perpustakaan, atau format pita, hubungi kami di talian bebas tol, 24 jam sehari. Pasukan pemulihan pita kecemasan kami akan membantu anda dalam memulakan proses pemulihan data.

Untuk memastikan anda berasa selasa dan mendapat tahap kepuasan yang anda inginkan daripada sebuah pembekal perkhidmatan pemulihan data, CBL menawarkan penilaian media percuma untuk menentukan masalah pita dlt anda.

Selain penilaian percuma kami, kesemua perkhidmatan pemulihan data kami disokong oleh ‘Jaminan Tiada Data, Tiada Bayaran’. Kami akan pulihkan data yang anda ingini atau anda tidak perlu bayar. Begitu mudah.

Projek Pemulihan Data Pita Quantum Yang Kami Baiki:

  • Kartrij data terpadam atau tulis-semula tidak sengaja
  • Salinan pita yang pecah atau terkeluar dari gulungan
  • Kepala pita rosak atau kepala pita yang terjajar
  • Media yang rosak akibat air, asap atau api
  • Fail yang tercemar akibat masalah elektrikal atau mekanikal
  • Kegagalan sistem salinan dan perpustakaan pita
  • Pemadaman fail tidak sengaja dan kecuaian manusia
  • Pita yang bengkok atau rosak secara fizikalnya
  • Perisian yang tercemar
  • Masalah konfigurasi atau aturan pita
Untuk bantuan pemulihan data: 1800-82-257-464 Mula proses pemulihan Pita Quantum

CBL Menyediakan Pemulihan Data untuk semua pita cakera keras dan penyimpanan Quantum:

CBL menyediakan perkhidmatan pemulihan cakera keras untuk kesemua model dan media Quantum. Di bawah adalah senarai produk Quantum yang telah kami baiki melalui perkhidmatan pemulihan pita:
  • Perpustakaan Pita Quantum siri M
  • Perpustakaan Pita Quantum siri P
  • Pita muat-auto SuperLoader
  • Pita muat-auto ValueLoader
  • Semua media pita kartrij DLT/DAT
  • Pemacu pita siri SDLT
  • Pemacu pita siri DLT
  • Pemacu pita siri rak DLT
  • Pemacu pita siri pasang-rak DLTIce
  • Pemacu pita siri pasang-rak DLTSage

Proses Pemulihan pita Quantum DLT dan DAT


Mulakan proses pemulihan data CBL dengan mengisi borang pemulihan data Quantum atas talian kami atau hubungi kami di talian bebas tol 1800-82-257-464 untuk berhubung dengan salah seorang pakar khidmat pelanggan kami. Pakar khidmat pelanggan CBL anda akan bertanya beberapa soalan untuk mengenalpasti sebab kehilangan data anda dan akan memimpin anda melalui proses pemulihan.

Bergantung kepada tahap perkhidmatan yang anda perlukan, data anda akan dikembali-pulihkan dalam masa 24 jam sekurang-kurangnya.

Setelah cakera keras anda diterima oleh CBL, ia akan segera dicatatkan ke dalam system kami. Pada masa itu, anda akan menerima panggilan daripada pakar khidmat pelanggan CBL yang akan mengesahkan penerimaan media anda dan mengumpul maklumat tambahan yang diperlukan oleh jurutera pemulih data kami.

Selepas itu cakera keras Quantum anda akan ditempatkan di dalam makmal kami untuk penilaian percuma. Pada masa yang sama, salinan media anda akan dibuat. Sebagai sebahagian komitmen perkhidmatan kami kepada anda, satu salinan yang boleh digunakan adalah penting untuk memastikan integriti data anda yang asli dipelihara pada setiap masa.

Setelah penilaian selesai dilakukan, pakar khidmat pelanggan anda akan menghubungi anda dengan keputusan makmal. Jika pemulihan data boleh dilakukan, sebut harga akan difakskan atau diemelkan dengan segera kepada anda.

Setelah data dipulihkan, proses pengawalan mutu yang ketat memastikan data tersebut boleh digunakan.

Data anda akan dipulangkan dalam media pilihan anda. Lazimnya cakera padat sering digunakan namun cakera keras boleh dipakai jika perlu. Dalam sesetengah kes, CBL boleh memulangkan data atas talian melalui pemindahan FTP (Protokol Pemindahan Fail). Dengan cara ini, data anda boleh dimuat turun dengan cepat dan selamat.

Jika data tidak boleh dipulihkan pula, anda tidak akan dikenakan bayaran untuk penilaian mahupun percubaan pemulihan data yang telah dijalankan.

Untuk menguruskan penghantaran cakera keras anda, sila isi borang Quantum atas talian kami. Sistem pemulihan data atas talian kami menyediakan anda dengan nombor rujukan kerja sebagai tujuan pengesanan bersama arahan pengangkutan media anda.

Hubungi kami sekarang untuk memulakan proses pemulihan pita Quantum di talian 1800-82-257-464.


Kembali ke atas