Untuk berhubung dengan seorang pakar pemulihan data RAID: 1800-82-257-464 (24 jam talian tol-percuma)
Barisan RAID dan sistem penyimpanan data perusahaan melambangkan lebih daripada hanya beberapa gigabait data. Ia harus dilihat sebagai entiti yang menjaga kehidupan syarikat anda, aset anda paling penting. Bila anda tidak boleh mendapatkan data dari sistem penyimpanan ini untuk apa jua sebab, anda perlu bergantung kepada syarikat yang memahami teknologi dan boleh memulihkan data anda dengan pantas, kos-efektif dan selamat. Itulah dimana Pemulihan Data CBL memainkan peranan.
Sebagai salah satu syarikat yang besar dan sangat berjaya dalam memulihkan data, CBL boleh membekalkan anda dengan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti dan perkhidmatan pakar pemulihan data RAID untuk mendapatkan perniagaan berjalan dengan lancar dan pantas. Disokong oleh gerenti perkhidmatan kami ‘Tiada data, Tiada bayaran’ dan disyorkan oleh pengilang-pengilang utama sebagai pembekal pemulihan cakera keras yang selamat-waranti, CBL menyediakan anda dengan tahap kepakaran, keselesaan dan sekuriti yang kamu inginkan daripada sebuah firma pemulihan data.
Kami Adalah Pakar Perkhidmatan Pemulihan Data RAID Anda
Tidak kira anda memerlukan pemulihan data RAID 0, RAID 5 atau apa-apa diantara, pemulihan data CBL merangkumi semua. Tidak kira saiz, konfigurasi, sistem pengoperasian atau pentas sistem penyimpanan perusahaan anda, biarlah ia sistem barisan RAID banyak-cakera, NAS atau sistem pelayan banyak-cakera yang lain, jurutera CBL yang berkelayakan tinggi boleh memulihkan data anda walaupun semua jenis mendapatkan-semula telah gagal.
Kakitangan jurutera pakar CBL dan teknologi tuan-punya telah dibangunkan khusus untuk digunakan untuk memulih data daripada sistem penyimpanan perusahaan, seperti pemulihan data RAID 0, RAID 5 dan banyak lagi. Disebabkan pengalaman kami, anda boleh yakin dengan tahap kejayaan CBL dalam usaha memulihkan data anda dari sistem penyimpanan data yang kompleks ini.
CBL dengan jayanya telah memulihkan data dari semua pemacu cakera yang digunakan dalam sistem penyimpanan perusahaan terkini yang menggunakan sistem pengoperasian seperti:
 Windows NT / 2000
 Unix
 Novell
 HPUX
 SQL
 Linux
|
 BSD
 Banyan Vines
 Exchange
 Sun Solaris
 AIX
...dan banyak lagi
|
Antara projek pemulihan data RAID yang kami pulihkan data untuk termasuk: pangkalan data yang rosak, fail data terpadam dan tertulis-semula, direktori pengguna, salinan gagal, cakera keras yang rosak secara fizikal dan masalah konfigurasi RAID.
Proses pemulihan RAID untuk sistem penyimpanan perusahaan
Mulakan proses pemulihan data RAID dengan mengisi borang
pemulihan data atas talian kami atau hubungi kami di talian bebas tol 1800-82-257-464 untuk berhubung dengan salah seorang pakar khidmat pelanggan kami. Pakar khidmat pelanggan CBL anda akan bertanya beberapa soalan untuk mengenalpasti sebab kehilangan data anda dan akan memimpin anda melalui proses pemulihan.
Bergantung kepada tahap perkhidmatan yang anda perlukan, data anda akan dikembali-pulihkan dalam masa 24 jam sekurang-kurangnya.
Setelah barisan RAID yang gagal anda diterima oleh CBL, secara serta-merta ia akan catatkan ke dalam system kami. Pada masa itu, anda akan menerima panggilan daripada pakar khidmat pelanggan CBL anda yang akan mengesahkan penerimaan media anda dan mengumpul maklumat tambahan yang diperlukan oleh jurutera pemulih data kami.
Selepas itu barisan RAID atau sistem pelayan anda akan ditempatkan di dalam makmal kami untuk penilaian percuma. Pada masa yang sama, salinan media anda akan dibuat. Sebagai sebahagian komitmen perkhidmatan kami kepada anda, satu salinan yang boleh digunakan adalah penting untuk memastikan integriti data anda yang asli dipelihara pada setiap masa.
Setelah penilaian selesai dilakukan, pakar khidmat pelanggan anda akan menghubungi anda dengan keputusan makmal. Jika pemulihan data boleh dilakukan, sebut harga akan difakskan atau diemelkan dengan segera kepada anda.
Setelah data dipulihkan, proses pengawalan mutu yang ketat memastikan data tersebut boleh digunakan.
Data anda akan dipulangkan semula kepada anda di dalam media pilihan anda. Kebiasaannya, cakera padat digunakan tetapi cakera keras juga boleh didapatkan jika perlu. Dalam sesetengah keadaan, CBL akan menghantar data secara atas talian melalui penghantaran FTP (Protokol Permindahan Fail). Ini bermaksud anda boleh memuat-turun data daripada server kami dengan pantas dan selamat.
Di dalam keadaan yang tidak diingini, dimana data tidak boleh diselamatkan, tiada bayaran akan dikenakan untuk penilaian data atau percubaan pemulihan data.
Untuk menguruskan penghantaran pelayan atau barisan RAID anda untuk pemulihan, sila isi borang
pemulihan data atas talian kami. Sistem pemulihan data atas talian kami menyediakan anda dengan nombor rujukan kerja sebagai tujuan pengesanan bersama arahan pengangkutan media anda.
Hubungi kami sekarang untuk memulakan proses pemulihan data RAID di talian 1800-82-257-464.