Data Recovery ServicesFree Data Recovery Service Quote
Floppy Disk Recovery, File Recovery, Zip Disk Recovery

Pemulihan Data Media Pintar dan Pembaik-pulih Cakera Floppy, Zip dan Jaz

Hubungi Pakar Pemulihan Cakera Zip Atau Liut: 1800-82-257-464 (24 jam bebas-tol)

Peranti ingatan mudah-alih digunakan dalam bidang pengkomputeran dan juga untuk peralatan digital lain seperti kamera. Terdapat beberapa media mudah-alih kini di mana mutu, kapasiti dan harganya hampir menyamai cakera keras. Malangnya, media cakera liut lebih cenderung untuk rosak disebabkan saiz serta tahap mudah-alihnya. Khidmat Pemulihan Data CBL mempunyai kepakaran dalam memulihkan data hilang daripada:
  • Cakera Jaz
  • Cakera Zip
  • Media Kamera Digital
  • SyQuest
  • Cakera Liut
  • Cakera Optik
  • DVD
  • Cakera Padat
  • Cakera Bernoulli
  • … dan banyak lagi
Untuk Bantuan Pemulihan Data: 1800-82-257-464 Mulakan Proses Pemulihan Data Mudah-Alih

Pemulihan media Pintar bagi Zip, Alat Mudah-Alih dan Cakera Liut


Walau apa pun yang telah terjadi kepada cakera zip, liut, optik atau alat digital yang lain, Khidmat Pemulihan Data CBL berpengalaman untuk membantu anda mendapatkan kembali data penting anda. Dari fail yang ditulis-semula, kepada kerosakan fizikal akibat kebakaran atau banjir. Para jurutera CBL boleh mendapatkan kembali data anda.

Berikut beberapa kes pemulihan data untuk cakera liut, cakera zip, media pintar, alat optik serta media boleh-alih yang berkaitan, yang boleh dipulihkan datanya oleh CBL:
  • Fail Ditulis-Semula
  • Fail dan Pembahagi Terpadam
  • Cakera Yang Diformat
  • Penyebaran Virus
  • Kegagalan Boot Cakera
  • Kerosakan Fizikal Akibat Kabakaran Dan Banjir
  • Kegagalan Pemunggahan Elektrostatik
  • Terpadam Fail Secara Tidak Sengaja Serta Kesilapan Manusia
  • Fail Tercemar Atau Rosak
  • Cakera Atau Fail Yang Tidak Boleh Diakses

Proses Pemulihan Bagi Cakera Zip, Jaz, Liut, Media Digital Mudah-Alih


Mulakan proses pemulihan data CBL dengan mengisi borang pemulihan data file atas talian kami atau hubungi kami di talian bebas tol 1800-82-257-464 untuk bercakap dengan pakar khidmat pelanggan kami. Pakar khidmat pelanggan CBL akan mengumpul maklumat untuk mengenalpasti sebab kehilangan data dan akan memimpin anda melalui proses pemulihan.

Bergantung kepada tahap perkhidmatan yang diperlukan, data anda akan dikembali-pulihkan dalam masa 24 jam sekurang-kurangnya.

Sebaik sahaja cakera boleh-alih anda diterima CBL, ia akan segera dimuatkan ke dalam sistem kami. Anda akan menerima panggilan daripada perunding perkhidmatan CBL yang akan mengesahkan media anda telah diterima dan seterusnya mengumpul maklumat tambahan yang diperlukan jurutera pemulih data kami.

Selepas itu cakera mudah-alih anda akan ditempatkan di dalam makmal kami untuk penilaian percuma. Pada masa yang sama, salinan media anda akan dibuat. Sebagai sebahagian komitmen perkhidmatan kami kepada anda, satu salinan yang boleh digunakan adalah penting untuk memastikan integriti data anda yang asli dipelihara pada setiap masa.

Sebaik sahaja selesai penilaian, pakar khidmat pelanggan kami akan menghubungi anda berkenaan keputusan makmal. Jika data dapat dipulihkan, sebut harga akan difakskan atau diemelkan dengan segera kepada anda.

Setelah data dipulihkan, proses pengawalan mutu yang ketat memastikan data tersebut boleh digunakan.

Data anda akan dipulangkan dalam media pilihan anda. Lazimnya cakera padat sering digunakan namun cakera keras boleh dipakai jika perlu. Dalam sesetengah kes, CBL boleh memulangkan data atas talian melalui pemindahan FTP (Protokol Pemindahan Fail). Dengan cara ini, data anda boleh dimuat turun dengan cepat dan selamat.

Jika data tidak boleh dipulihkan pula, anda tidak akan dikenakan bayaran untuk penilaian mahupun percubaan pemulihan data yang telah dijalankan

Sila isi borang pemulihan data atas talian kami untuk menguruskan penghantaran cakera keras anda. Sistem pemulihan data atas talian ini akan menyediakan nombor rujukan tugas untuk tujuan pengesanan serta arahan pengangkutan media anda.

Hubungi kami sekarang untuk memulakan proses pemulihan cakera jaz atau zip anda di talian 1800-82-257-464.


Kembali ke atas