Data Recovery ServicesFree Data Recovery Service Quote
Samsung Data Recovery Services For Samsung Hard Drives

Khidmat Pemulihan Data Cakera Keras Samsung

Hubungi Pakar Khidmat Pemulihan Samsung: 00 800 82257464 (24 jam sehari / 7 hari seminggu)

Khidmat Pemulihan Data CBL tentunya pilihan anda untuk perkhidmatan pemulihan cakera keras daripada semua jenis dan model cakera keras Samsung. Jika anda menghadapi masalah kerosakan cakera keras jenis Samsung, CBL boleh menolong mengembalikan kesemua data-data yang penting secara pantas, selamat, dan jimat kos.

Pakar cakera keras Samsung kami yang terlatih bersedia untuk mengendali apa jua situasi kehilangan data, tidak kira apa jenis media. Walaupun cakera keras anda tidak dikeluarkan dan tidak dapat diperolehi lagi, CBL mempunyai kepakaran dan kemahiran untuk mengembalikan kesemua data penting anda.

Untuk memastikan anda berasa selasa dan mendapat tahap kepuasan yang anda ingini daripada sesebuah pembekal perkhidmatan, disertakan penilaian media percuma untuk menentukan masalah media anda. Di samping penilaian media percuma kami, kesemua perkhidmatan pemulihan data kami adalah disokong oleh ‘Jaminan Tiada Data, Tiada Pembayaran’. Kami akan mengembalikan data yang anda perlu, atau tiada bayaran dikenakan. Ia begitu mudah sekali.

Masalah Pemulihan Data Samsung Yang Kami Baiki:

  • Kerosakan Mekanikal Pada Cakera Keras
  • Kerosakan Kepala Pembaca Yang Menyebabkan Piring Cakera Rosak
  • Fail-Fail Dan Pembahagi Cakera Yang Telah Dipadam
  • Cakera Yang Telah Diformat
  • Fail Yang Telah Ditulis-Semula
  • Kerosakan Secara Fizikal Disebabkan Oleh Kebakaran Atau Banjir
  • Pemadaman Fail Secara Tidak Sengaja Akibat Kecuaian Pengguna
  • Pemulihan Data Untuk Komputer Riba
  • Komputer Riba Yang Terjatuh Dan Rosak Secara Fizikal
  • Skrin Biru Maut
Untuk bantuan pemulihan data: 00 800 82257464 Mulakan Proses Pemulihan Data Samsung

CBL Menyediakan Pemulihan Data Untuk Semua Cakera Keras Samsung:

CBL menyediakan perkhidmatan pemulihan cakera keras untuk kesemua model dan media Samsung. Berikut adalah senarai produk Samsung yang kami baiki:
  • Cakera keras siri Spinpoint M
  • Cakera keras siri Spinpoint P
  • Cakera keras SATA Spinpoint P120
  • Cakera keras siri Spinpoint PL
  • Cakera keras siri Spinpoint V
  • Cakera keras Sunpoint
  • Model Samsung yang tidak dikeluarkan lagi termasuk:
  • Cakera keras siri MP
  • Cakera keras siri SP
  • Cakera keras siri SV

Proses Pemulihan Cakera Keras Samsung


Mulakan proses pemulihan data CBL dengan mengisi borang pemulihan data Samsung atas talian kami atau hubungi kami di talian bebas-tol 00 800 82257464 untuk berhubung dengan salah seorang pakar khidmat pelanggan kami. Pakar khidmat pelanggan CBL anda akan bertanya beberapa soalan untuk mengenalpasti sebab kehilangan data anda dan akan memimpin anda melalui proses pemulihan.

Bergantung kepada tahap perkhidmatan yang anda perlukan, data anda akan dikembali-pulihkan dalam masa 24 jam sekurang-kurangnya.

Sebaik sahaja cakera keras anda diterima oleh CBL, ia akan segera dicatatkan ke dalam sistem kami. Pada masa ini, anda akan menerima panggilan daripada pakar khidmat pelanggan CBL anda yang akan mengesahkan penerimaan media anda dan mengumpul maklumat tambahan yang diperlukan oleh jurutera pemulih data kami.

Selepas itu cakera keras Samsung anda akan ditempatkan di dalam makmal kami untuk penilaian percuma. Pada masa yang sama, salinan media anda akan dibuat. Sebagai sebahagian komitmen perkhidmatan kami kepada anda, satu salinan yang boleh digunakan adalah penting untuk memastikan integriti data anda yang asli dipelihara pada setiap masa.

Setelah penilaian selesai dilakukan, pakar khidmat pelanggan anda akan menghubungi anda dengan keputusan makmal. Jika pemulihan data boleh dilakukan, sebut harga akan difakskan atau diemelkan dengan segera kepada anda.

Setelah data anda dipulihkan, proses pengawalan mutu yang ketat memastikan data tersebut boleh digunakan.

Data anda akan dipulangkan semula kepada anda di dalam media pilihan anda. Lazimnya cakera padat sering digunakan namun cakera keras boleh dipakai jika perlu. Dalam sesetengah kes, CBL akan menghantar data secara atas talian melalui penghantaran FTP (Protokol Permindahan Fail). Dengan cara ini, data anda boleh dimuat turun dengan cepat dan selamat.

Jika data tidak boleh dipulihkan pula, anda tidak akan dikenakan bayaran untuk penilaian mahupun percubaan pemulihan data yang telah dijalankan.

Untuk menguruskan penghantaran cakera keras anda, sila isi borang Samsung atas talian kami. Sistem pemulihan data atas talian kami menyediakan anda dengan nombor rujukan tugas untuk tujuan pengesanan bersama arahan pengangkutan media anda.

Hubungi kami sekarang untuk memulakan proses pemulihan cakera keras Samsung di talian 00 800 82257464.


Kembali ke atas