Data Recovery ServicesFree Data Recovery Service Quote
Seagate Data Recovery Services For Failed Seagate Hard Disk Drives

Khidmat Pemulihan Data Seagate

Hubungi Pakar Pemulihan Data Seagate: 1800-82-257-464 (24 jam sehari / 7 hari seminggu)

Jika anda menghadapi masalah kerosakan cakera keras dan memerlukan pemulihan cakera keras dengan segera, khidmat Pemulihan Data CBL boleh membantu. Dengan pengalaman memulihkan data sejak tahun 1993, jurutera CBL telah membuktikan berkali-kali bahawa kami adalah pakar untuk cakera keras Seagate. Tidak kira apa jua masalah kehilangan data anda, CBL mempunyai pengalaman dan kepakaran untuk memastikan pemulihan cakera keras Seagate anda secara selamat, pantas dan sulit.

Kepakaran Kami Dalam Khidmat Pemulihan Cakera Keras Seagate Adalah Merangkumi Masalah Berikut:

  • Kerosakan Mekanikal Cakera Keras
  • Kepala Cakera Keras Yang Menyebabkan Kerosakan Piring
  • Fail Dan Pembahagian Yang Telah Dibuang
  • Cakera Yang Telah Diformat
  • Fail Yang Telah Ditulis-Semula
  • Kerosakan Fizikal Akibat Kebakaran Atau Banjir
  • Pemadaman Fail Tidak Sengaja Akibat Kecuaian Pengguna
  • Kerosakan Akibat Virus
  • Kerosakan Perisian
  • Skrin Biru Maut
Untuk Bantuan Pemulihan Data: 1800-82-257-464 Mula Proses Pemulihan Data Seagate

CBL Menyediakan Khidmat Pemulihan Data Untuk Semua Model Cakera Keras Dan Jenis Media Seagate:

CBL menyediakan pemulihan data Seagate untuk semua buatan, model dan keluarga media Seagate. CBL meliputi pelbagai masalah, dari kerosakan barisan RAID dan server syarikat, ke cakera keras individu di dalam komputer meja atau komputer riba. Berikut senarai projek Pemulihan Cakera Keras Seagate yang mampu kami baiki:
  • Barracuda
  • Barracuda ATA
  • Cheetah
  • Conner
  • Decathlon
  • Elite
  • Hawk
  • Marathon
  • Medalist
  • Momentus
  • PC Card
  • Savvio
  • Seagate
  • Swift
  • U Series
  • Wren

Proses Pemulihan Cakera Keras Seagate


Mulakan proses pemulihan data CBL dengan mengisi borang pemulihan data Seagate atas talian kami atau hubungi kami di talian bebas tol 1800-82-257-464 untuk bercakap dengan pakar khidmat pelanggan kami. Pakar khidmat pelanggan CBL akan mengumpul maklumat untuk mengenalpasti sebab kehilangan data dan akan memimpin anda melalui proses pemulihan.

Bergantung kepada tahap perkhidmatan yang diperlukan, data anda akan dikembali-pulihkan dalam masa 24 jam sekurang-kurangnya.

Sebaik sahaja cakera keras anda diterima CBL, ia akan segera dimuatkan ke dalam sistem kami. Anda akan menerima panggilan daripada perunding perkhidmatan CBL yang akan mengesahkan media anda telah diterima dan seterusnya mengumpul maklumat tambahan yang diperlukan jurutera pemulih data kami.

Selepas itu cakera keras Seagate anda akan ditempatkan di dalam makmal kami untuk penilaian percuma. Pada masa yang sama, salinan media anda akan dibuat. Sebagai sebahagian komitmen perkhidmatan kami kepada anda, satu salinan yang boleh digunakan adalah penting untuk memastikan integriti data anda yang asli dipelihara pada setiap masa.

Sebaik sahaja selesai penilaian, pakar khidmat pelanggan kami akan menghubungi anda berkenaan keputusan makmal. Jika data dapat dipulihkan, sebut harga akan difakskan atau diemelkan dengan segera kepada anda.

Setelah data dipulihkan, proses pengawalan mutu yang ketat memastikan data tersebut boleh digunakan.

Data anda akan dipulangkan dalam media pilihan anda. Lazimnya cakera padat sering digunakan namun cakera keras boleh dipakai jika perlu. Dalam sesetengah kes, CBL boleh memulangkan data atas talian melalui pemindahan FTP (Protokol Pemindahan Fail). Dengan cara ini, data anda boleh dimuat turun dengan cepat dan selamat.

Jika data tidak boleh dipulihkan pula, anda tidak akan dikenakan bayaran untuk penilaian mahupun percubaan pemulihan data yang telah dijalankan.

Sila isi borang pemulihan data atas talian kami untuk menguruskan penghantaran cakera keras anda. Sistem pemulihan data atas talian ini akan menyediakan nombor rujukan tugas untuk tujuan pengesanan serta arahan pengangkutan media anda.

Hubungi kami sekarang untuk memulakan proses pemulihan cakera keras Seagate di talian 1800-82-257-464.


Kembali ke atas