Data Recovery ServicesFree Data Recovery Service Quote
Recover Data From Damaged Hard Drives, Corrupt or Failed Backups and Deleted File Recovery

Perkhidmatan Pemulihan Data Pita untuk DLT, DAT, LTO, AIT & Data Travan

Untuk berhubung dengan pakar Pemulih Data Pita: 00 800 82257464 (24 jam bebas tol)

CBL Data Recovery Technologies Inc. boleh memulihkan data dari semua jenis pita dan format. Jika anda perlu data dipulihkan daripada kartrij pita, tidak kira apa jenis, usia, atau format, hubungi kami di talian bebas tol, 24 jam sehari untuk memulakan proses pemulihan.

CBL telah melakukan pemulihan data LTO, DAT dan lain-lain dengan berjayanya dari kartrij pita yang mempunyai kerosakan pelbagai jenis termasuk:
  • Kartrij data terpadam atau tulis-semula tidak sengaja
  • Salinan pita yang pecah atau terkeluar dari gulungan
  • Kepala pita rosak atau kepala pita yang terjajar
  • Media yang rosak akibat air, asap atau api
  • Fail yang tercemar akibat masalah elektrikal atau mekanikal
  • Kegagalan sistem salinan dan perpustakaan pita
  • Pemadaman fail tidak sengaja dan kecuaian manusia
  • Pita yang bengkok atau rosak secara fizikalnya
  • Perisian yang tercemar
  • Masalah konfigurasi atau aturan pita
Untuk bantuan pemulihan data: 00 800 82257464 Mula Proses Pemulihan Pita

Pemulihan data LTO, pemulihan data DAT dan lain-lain jenis kartrij pita dan perpustakaan


Sebaik sahaja media anda diterima CBL, ia dicatitkan ke dalam sistem pemulihan pita kami. Pada ketika itu, anda akan menerima panggilan daripada pakar khidmat pelanggan CBL anda yang akan mengesahkan penerimaan dan mengumpul maklumat lanjut yang boleh membantu jurutera makmal CBL. Cakera keras atau pita tersebut kemudiannya di hantar terus ke makmal untul penilaian.

Pakar perkhidmatan pemulihan pita kami yang berpengalaman akan memeriksa pita anda dengan teliti untuk sebarang kerosakan sebelum percubaan membaca data dilakukan.

Salinan kartrij pita dilakukan dengan berhati-hati. Ini merupakan prosedur paling penting, terutamanya jika pita tersebut sudah haus atau rosak. Pakar pemulihan pita kami mempunyai kemahiran untuk memeriksa dengan teliti pita anda sebelum ia dibaca. Hanya selepas itu mereka akan menjalankan bacaan tahap-rendah supaya boleh membuat salinan data anda yang boleh digunakan. Tiada pemulihan akan dilakukan ke atas media asli. Polisi ini adalah supaya data asli tidak tercemar dalam apa jua cara.

Sejurus selepas penilaian, pakar khidmat pelanggan anda akan menghubungi anda untuk memberitahu anda mengenai keputusan penilaian. Jika pemulihan data boleh dilakukan, sebut harga akan difaks atau diemelkan kepada anda untuk persetujuan anda.

Pilihan Perkhidmatan pemulihan & kehilangan data pita kami:


Dengan pemulihan pita, terdapat 2 pilihan perkhidmatan berlainan untuk anda. Terdapat kos aturan nominal untuk pita yang telah dihantar untuk pemulihan atau penukaran. Ini bergantung kepada jenis pita dan situasi.

Jangkamasa Kos aturan
Keutamaan terburu-buru 3 ke 5
Hari perniagaan
Percuma. Tidak seperti pesaing kami, anda hanya bayar apa yang dipulih. Tidak lebih daripada itu.
Biasa 7 ke 10
Hari perniagaan
(lihat di atas)

Jika anda memerlukan perkhidmatan khas hari minggu, hubungi kami supaya pasukan khidmat pelanggan kami boleh membuat persiapan, kerana bayaran berbeza. Di dalam situasi projek tidak boleh dipulihkan, anda hanya perlu membayar kos pemasangan permulaan dan penghantaran.

Arahan Penghantaran Pemulihan Data


Untuk mengatur penghantaran pita media anda, sila klik pada arahan penghantaran. Anda boleh hubungi kami di talian bebas tol untuk berhubung dengan pakar khidmat pelanggan untuk mendapatkan arahan penghantaran dan nombor ID projek.

Hubungi kami sekarang memulakan proses pemulihan data pita anda di 00 800 82257464.


Kembali ke atas