Hubungi Pakar Pemulihan Data Toshiba: 00 800 82257464 (24 jam / 7 hari seminggu)
Jika anda menghadapi kerosakan cakera keras dari sebuah komputer riba Toshiba yang gagal atau rosak, CBL jawapannya. Sebagai sebuah syarikat yang disyorkan oleh Toshiba, CBL mempunyai reputasi, pengalaman, serta liputan seluruh dunia yang anda perlu untuk memulihkan data anda dengan pantas dan jimat kos.
Perkhidmatan pemulihan cakera keras Toshiba kami dijamin selamat dan disertakan penilaian percuma untuk memastikan masalah yang berkaitan komputer riba anda.
Bagi memastikan pelanggan kami berasa selesa dan mendapat kepuasan yang mereka inginkan daripada sesebuah pembekal perkhidmatan terunggul, khidmat pemulihan data CBL disokong oleh
‘Jaminan Tiada Data, Tiada Bayaran’. Anda tidak perlu membayar langsung jika kami tidak dapat memulihkan data anda. Ia semudah itu.
Pemulihan Komputer Riba Toshiba Yang Kami Baiki:
- Cakera Keras Yang Rosak Secara Mekanikal
- Kepala Tersasar Menyebabkan Kerosakan Piring
- Fail Atau Pembahagi Yang Terpadam
- Cakera Yang Telah Diformat
- Fail Yang Ditulis-semula
|
- Kerosakan Fizikal Akibat Kebakaran Atau Banjir
- Fail Terpadam Akibat Kecuaian Manusia
- Pemulihan Data Komputer Riba
- Komputer Riba Yang Rosak Secara Fizikal Dan Telah Terjatuh
- Skrin Biru Maut
|
CBL Menyediakan Khidmat Pemulihan Data Untuk Semua Komputer Riba Perniagaan Toshiba:
CBL menyediakan khidmat pemulihan data komputer riba untuk kesemua model komputer riba Toshiba. Berikut senarai komputer riba Toshiba yang boleh kami kembalikan data cakera keras:
- Siri Komputer Riba Satellite
- Siri Komputer Riba Tecra
- Komputer Riba dan Komputer Tablet Portege
- Komputer Riba Libretto
|
- Komputer Riba Multimedia Qosmio
- Kesemua Komputer Tablet Toshiba
- Komputer Tangan Toshiba
|
Proses Pemulihan Komputer Riba Toshiba
Mulakan proses pemulihan data CBL dengan mengisi borang
pemulihan data Toshiba atas talian kami atau hubungi kami di talian bebas-tol 00 800 82257464 untuk berhubung dengan salah seorang pakar khidmat pelanggan kami. Pakar khidmat pelanggan CBL anda akan bertanya beberapa soalan untuk mengenalpasti sebab kehilangan data anda dan akan memimpin anda melalui proses pemulihan.
Bergantung kepada tahap perkhidmatan yang anda perlukan, data anda akan dikembali-pulihkan dalam masa 24 jam sekurang-kurangnya.
Sebaik sahaja cakera keras anda diterima CBL, ia akan segera dimuatkan ke dalam sistem kami. Anda akan menerima panggilan daripada perunding perkhidmatan CBL yang akan mengesahkan media anda telah diterima dan seterusnya mengumpul maklumat tambahan yang diperlukan jurutera pemulih data kami.
Komputer riba Toshiba Satellite, Qosmio, Tecra, Portege atau Libretto anda akan ditempatkan di dalam makmal kami untuk penilaian percuma. Pada masa yang sama, salinan media anda akan dibuat. Sebagai sebahagian komitmen perkhidmatan kami kepada anda, satu salinan yang boleh digunakan adalah penting untuk memastikan integriti data anda yang asli dipelihara pada setiap masa.
Setelah penilaian selesai, pakar khidmat pelanggan anda akan menghubungi anda dengan keputusan makmal. Jika pemulihan data boleh dilakukan, sebut harga akan difakskan atau diemelkan kepada anda dengan segera.
Setelah data anda dipulihkan, proses pengawalan mutu yang ketat memastikan data tersebut boleh digunakan.
Data anda akan dipulangkan semula kepada anda dalam media pilihan anda. Lazimnya cakera padat sering digunakan namun cakera keras boleh dipakai jika perlu. Dalam sesetengah kes, CBL akan menghantar data secara atas talian melalui penghantaran FTP (Protokol Permindahan Fail). Dengan cara ini, data anda boleh dimuat turun dengan cepat dan selamat.
Jika data tidak boleh dipulihkan pula, anda tidak akan dikenakan bayaran untuk penilaian mahupun percubaan pemulihan data yang telah dijalankan.
Sila isi borang
pemulihan data atas talian kami untuk menguruskan penghantaran cakera keras anda. Sistem pemulihan data atas talian ini akan menyediakan nombor rujukan tugas untuk tujuan pengesanan serta arahan pengangkutan media anda.
Hubungi kami sekarang untuk memulakan proses pemulihan cakera keras Toshiba di talian 00 800 82257464.