Hubungi Pakar Pemulihan Data Unix: 00 800 82257464 (talian bebas tol 24 jam)
CBL menawarkan perkhidmatan pemulihan data UNIX yang cepat dan efektif. Lebih daripada 10 tahun pengalaman memulihkan cakera keras dan UNIX, jaminan kami bahawa CBL mempunyai kebolehan untuk memulihkan data dari semua jenis media tidak kira format.
Pengalaman kami fokus kepada pemulihan fail UNIX. Pakar-pakar di CBL boleh memulihkan data anda dengan pantas dan jimat kos. Jika data anda hilang disebabkan oleh kerosakan perkakasan atau perisian ataupun virus, CBL komited untuk membantu memulihkan data UNIX. Jika kami gagal memulihkan data anda, anda tidak dikenakan bayaran.
Sebelum anda dikenakan bayaran untuk apa jua perkhidmatan, kami perlukan kelulusan anda mengenai sebut harga supaya kami boleh meneruskan dengan pemulihan fail UNIX. Lawatilah laman kami untuk pilihan pemulihan data yang lain.
Masalah Pemulihan Fail Unix Yang Biasa Kami Baiki:
- Kerosakan Sistem Fail Unix
- Kesilapan Konfigurasi Server
- Fail Dan Pembahagi Yang Telah Dipadam
- Cakera Yang Telah Diformat
- Fail Yang Telah Ditulis-Semula
|
- Kerosakan Fizikal Akibat Kebakaran Atau Banjir
- Kerosakan Mekanikal Cakera Keras
- Penyebaran Virus
- Kerosakan Perisian
- Kerosakan RAID, SAN, NAS, Server
|
Jenis Media Yang Biasa Untuk Pemulihan Unix:
- Barisan RAID Banyak Cakera – RAID 0, RAID 1, RAID 5
- SAN, NAS, Server Data Dan Salinan
- Cakera Keras – IDE, SCSI, Firewire
- Katrij Pita
- Kerangka Utama
- Media Digital Dan Boleh-Alih
- Peralatan Media Boleh-Alih
- Apajua Jenis Media. Kami Boleh Memulihkannya.
|
Pemulihan Data Unix Yang Disokong:
- SunOS dan Solaris
- Digital Unix (dikenali sebagai OSF/1 sebelum ini)
- NeXTSTEP dan OpenStep
- HP-UX
- IRIX
- AIX
- Linux
- BSD
|
Dengan menggunakan teknologi pemulihan data komputer yang sepadan, pakar pemulihan data unix di CBL boleh mengembalikan data penting anda dengan cepat, selamat dan jimat kos. Jaminan pemulihan data 100%
“Tiada Data, Tiada Bayaran” memastikan para pelanggan kami berpuas hati dengan perkhidmatan yang memang diinginkan dari pembekal khidmat pemulihan data. Anda tidak perlu membayar jika data anda tidak dipulihkan. Ini jaminan kami.
Proses Khidmat Pemulihan Data Unix
Mulakan proses pemulihan data CBL dengan mengisi borang
pemulihan data unix atas talian kami atau hubungi kami di talian bebas-tol 00 800 82257464 untuk berhubung dengan salah seorang pakar khidmat pelanggan kami. Pakar khidmat pelanggan CBL anda akan bertanya beberapa soalan untuk mengenalpasti sebab kehilangan data anda dan akan memimpin anda melalui proses pemulihan.
Bergantung kepada tahap perkhidmatan yang diperlukan, data anda dapat dikembalikan dalam jangka masa 24 jam sekurang-kurangnya.
Sebaik sahaja cakera keras anda diterima CBL, ia akan segera dimuatkan ke dalam sistem kami. Anda akan menerima panggilan daripada perunding perkhidmatan CBL yang akan mengesahkan media anda telah diterima dan seterusnya meminta maklumat tambahan yang diperlukan jurutera pemulih data kami.
Cakera keras anda akan ditempatkan di dalam makmal kami untuk penilaian percuma. Pada masa yang sama, salinan media anda akan dibuat. Sebagai sebahagian komitmen perkhidmatan kami kepada anda, satu salinan yang boleh digunakan adalah penting untuk memastikan integriti data anda yang asli dipelihara pada setiap masa.
Sebaik sahaja selesai penilaian, pakar khidmat pelanggan kami akan menghubungi anda berkenaan keputusan makmal. Jika data dapat dipulihkan, sebut harga akan difakskan atau diemelkan dengan segera kepada anda.
Setelah data dipulihkan, proses pengawalan mutu yang ketat memastikan data tersebut boleh digunakan.
Data anda akan dipulangkan dalam media pilihan anda. Lazimnya cakera padat sering digunakan namun cakera keras boleh dipakai jika perlu. Dalam sesetengah kes, CBL boleh memulangkan data atas talian melalui pemindahan FTP (Protokol Pemindahan Fail). Dengan cara ini, data anda boleh dimuat turun dengan cepat dan selamat.
Jika data tidak boleh dipulihkan pula, anda tidak akan dikenakan bayaran untuk penilaian mahupun percubaan pemulihan data yang telah dijalankan.
Sila isi borang
pemulihan data atas talian kami untuk menguruskan penghantaran cakera keras anda. Sistem pemulihan data atas talian ini akan menyediakan nombor rujukan tugas untuk tujuan pengesanan serta arahan pengangkutan media anda.
Hubungi kami sekarang untuk memulakan proses pemulihan data linux anda di talian 00 800 82257464.