Data Recovery ServicesFree Data Recovery Service Quote
Recover Data From Damaged Hard Drives, Corrupt or Failed Backups and Deleted File Recovery

Kelebihan Perkhidmatan Pemulihan Data CBL

Mengapa CBL adalah diantara yang dipercayai & dihormati di dalam pemulihan data:

Pemulihan data pantas, selamat dan sulit

Perkhidmatan biasa CBL akan menyediakan data anda untuk dikembalikan dalam masa 3 hari bekerja daripada hari media anda diterima. Pilihan untuk perkhidmatan kecemasan kami tersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Di bawah pilihan ini, juruteknik CBL berdedikasi terhadap projek anda sehingga berjaya mendapat keputusan yang biasanya mangambil masa 48 jam.

Perkhidmatan Penilaian Pemulihan Data Percuma

Untuk semua pelanggan kami, korporat, kerajaan, persatuantidak berasaskan keuntungan, pelajar atau individu, perkhidmatan kami termasuklah penilaian percuma tanpa bayaran. Selepas penilaian media anda, kami memerlukan kelulusan anda untuk kadar bayaran yang dikenakan sebelum kami meneruskan dengan pemulihan.

Jaminan Pemulihan Data - Tiada data, Tiada Bayaran

Polisi CBL ialah “tiada data, tiada bayaran” untuk semua projek pemulihan. Jika atas sebab tertentu kami tidak berjaya untuk memulihkan data anda, bayaran tidak dikenakan.

Perkhidmatan Pelanggan yang Menerajui Industri dengan Kakitangan Terlatih

Untuk memberikan perkhidmatan pemulihan data yang terbaik, CBL telah membuat komitmen untuk menjaga sistem pengurusan berkualiti yang menekankan terhadap kemajuan berterusan dalam proses, teknologi dan kualiti sistem. Objektif kami adalah supaya kemahuan anda adalah dipenuhi dan dilebihi.

Kadar 90% pemulihan data berjaya

Disebabkan oleh kadar kejayaan kami yang tinggi di dalam memulihkan data, CBL dihormati bukan sahaja oleh pelanggan kami tetapi juga komuniti pemulihan data. Sebagai ekoran, CBL telah berjaya memulihkan data setelah yang lain tidak di dalam industri ini. Kejayaan kami adalah berasaskan 11 tahun pengalaman yang fokus hanya kepada pemulihan data. Kami telah bangunkan teknologi perisian dan perkakasan dan program latihan untuk memastikan pakar kami mempunyai peralatan yang betul untuk menyiapkan kerja dengan betul.

Kemudahan Pemulihan Data Di Seluruh Dunia

Dengan kemudahan yang dimiliki syarikat dan kelas 100 bilik bersih seluruh dunia, CBL bekerja dengan syarikat-syarikat multi-nasional dan pengembara perniagaan seluruh dunia. Kami akan memastikan anda akan secara konsisten mendapat kualiti perkhidmatan pemulihan data yang tinggi tidak kira mana pejabat CBL yang anda pilih untuk bekerja bersama secara domestik atau antarabangsa.

Disarankan oleh semua pembuat cakera keras utama

CBL diberi kuasa oleh semua pengilang utama untuk membuat pemulihan data tanpa mengganggu waranti.


Kembali ke atas