Data Recovery ServicesFree Data Recovery Service Quote
Warranty Safe Western Digital Data Recovery Services For Failed Western Digital Hard Disk Drives

Perkhidmatan Pemulihan Data Western Digital

Hubungi Pakar Pemulihan Data Western Digital: 00 800 82257464 (24 jam / 7 hari seminggu)

Khidmat Pemulihan Data CBL adalah pembekal perkhidmatan pemulihan data Western Digital yang sah. Jika anda menghadapi kerosakan cakera keras Western Digital dan memerlukan perkhidmatan pemulihan data dengan segera, pakar pemulihan data CBL boleh membantu. Disokong dengan pengalaman 10 tahun dalam bidang pemulihan Western Digital, jurutera CBL boleh memulihkan data dari semua jenis dan model cakera keras Western Digital. Ini Jaminan Kami. Jika usaha pemulihan cakera keras Western Digital kami tidak berjaya, anda tidak dikenakan bayaran.

Pelanggan Western Digital mendapat diskaun 10% untuk semua perkhidmatan pemulihan data Western Digital:

Kami amat menghargai pelanggan Western Digital. Sebagai tawaran khas kepada pelanggan WDC kami, CBL kini menawarkan diskaun 10% kepada semua perkhidmatan pemulihan data Western Digital.

Untuk menebus tawaran ini sila lawati Laman Diskaun Western Digital kami dan hantar projek anda atas-talian.

Perkhidmatan pemulihan cakera keras Western Digital kami sememangnya terjamin dan disertakan ‘ Khidmat Penilaian Percuma’ dan disokong oleh Jaminan ‘Tiada Data, Tiada Bayaran’.

Untuk Bantuan Pemulihan Data: 00 800 82257464 Tebus Tawaran Khas Western Digital Anda

Perkhidmatan Pemulihan Cakera Keras Western Digital Kebiasaannya Bagi Masalah Berikut Termasuk:

  • Kerosakan Mekanikal Cakera Keras
  • Kepala Pembaca Tersasar Mengakibatkan Kerosakan Piring
  • Fail Atau Pembahagi Yang Terpadam
  • Cakera Yang Telah Diformat
  • Fail Yang Telah Ditulis-Semula
  • Kerosakan Fizikal Akibat Kebakaran Atau Banjir
  • Fail Terpadam Tidak Sengaja Akibat Kecuaian Manusia
  • Pencemaran Virus
  • Kerosakan Perisian
  • Skrin Biru Maut

Proses Pemulihan Cakera Keras Western Digital


Mulakan proses pemulihan data CBL dengan mengisi borang pemulihan data Western Digital atas talian kami atau hubungi kami di panggilan bebas tol 00 800 82257464 untuk berhubung dengan salah seorang pakar khidmat pelanggan kami. Pakar khidmat pelanggan CBL anda akan bertanya beberapa soalan untuk mengenalpasti sebab kehilangan data anda dan akan memimpin anda melalui proses pemulihan.

Bergantung kepada tahap perkhidmatan yang anda perlukan, data anda akan dikembali-pulihkan dalam masa 24 jam sekurang-kurangnya.

Setelah cakera keras anda diterima oleh CBL, ia akan segera dicatatkan ke dalam sistem kami. Pada masa ini, anda akan menerima panggilan daripada pakar khidmat pelanggan CBL yang akan mengesahkan penerimaan media anda dan mengumpul maklumat tambahan yang diperlukan oleh jurutera pemulih data kami.

Selepas itu cakera keras Western Digital anda akan ditempatkan di dalam makmal kami untuk penilaian percuma. Pada masa yang sama, salinan media anda akan dibuat. Sebagai sebahagian komitmen perkhidmatan kami kepada anda, satu salinan yang boleh digunakan adalah penting untuk memastikan integriti data anda yang asli dipelihara pada setiap masa.

Setelah penilaian selesai dilakukan, pakar khidmat pelanggan anda akan menghubungi anda dengan keputusan makmal. Jika pemulihan data boleh dilakukan, sebut harga akan difakskan atau diemelkan dengan segera kepada anda.

Setelah data anda dipulihkan, proses pengawalan mutu yang ketat memastikan data tersebut boleh digunakan.

Data anda akan dipulangkan semula kepada anda di dalam media pilihan anda. Lazimnya cakera padat sering digunakan namun cakera keras boleh dipakai jika perlu. Dalam sesetengah kes, CBL akan menghantar data secara atas talian melalui penghantaran FTP (Protokol Permindahan Fail). Dengan cara ini, data anda boleh dimuat turun dengan cepat dan selamat.

Jika data tidak boleh dipulihkan pula, anda tidak akan dikenakan bayaran untuk penilaian mahupun percubaan pemulihan data yang telah dijalankan.

Sila isi borang pemulihan data atas talian kami untuk menguruskan penghantaran cakera keras anda. Sistem pemulihan data atas talian ini akan menyediakan nombor rujukan tugas untuk tujuan pengesanan serta arahan pengangkutan media anda.

Hubungi kami sekarang untuk memulakan proses pemulihan cakera keras Western Digital di talian 00 800 82257464.


Return To Top