Untuk berhubung dengan pakar pemulihan Microsoft Windows: 1800-82-257-464 (24 jam sehari, 7 hari seminggu)
Jika anda menghadapi masalah kehilangan data dan inginkan pemulihan data windows, CBL boleh membantu. Dengan jayanya memulihkan data lebih dari sedekad, CBL mempunyai kepakaran memulihkan data Windows XP yang membantu anda meneruskan perniagaan anda kembali secara pantas.
Untuk situasi kehilangan data kritikal kami menawarkan pemulihan fail windows kecemasan 24 jam. Kami faham betapa kritikalnya data anda kepada perniagaan anda dan kami punyai pasukan yang akan memastikan masa tidak berniaga anda adalah minimal.
Tidak kira apa bencana kehilangan data anda, pakar pemulihan data windows xp CBL sedia membantu. Lagipun, dengan polisi “tiada data, tiada bayaran” kami, jika kami tidak berjaya memulihkan data anda, kami tidak akan mendapat bayaran.
Perkhidmatan Pemulihan data Windows kebiasaannya kami lakukan:
- Pemulihan barisan RAID dan fail pelayan
- Fail dan pembahagi yang terpadam
- Kerosakan sistem boot sistem pengoperasian Windows
- Cakera telah diformat
- Fail ditulis-semula
|
- Kerosakan Fizikal Akibat Kebakaran Atau Banjir
- Kerosakan Mekanikal Cakera Keras
- Penyebaran Virus
- Kerosakan Perisian
- Pemulihan data Microsoft Office
|
Media pemulihan Windows yang biasa:
- Pemacu cakera keras – IDE, SCSI, Firewire
- Barisan RAID dan pelayan data multi-cakera
- Kartrij pita dan perpustakaan pita
- cakera boleh-gerak dan media penyimpanan
- Apa jenis media. Kami boleh memulihkannya.
|
Kepakaran pemulihan data Microsoft kami:
- Pemulihan Windows 9x, 2000, ME, XP
- Pemulihan data Microsoft Office
- Termasuk: Word, Excel, Access, Power Point
- Pemulihan Pelayan Microsoft Email Exchange
- Pemulihan Microsoft Outlook dan fail PST
- Apa jua sistem pengoperasian. Kami pulihkan.
|
Dengan menggunakan sepenuhnya teknologi pemulihan data komputer, pakar pemulih windows xp CBL akan memulihkan data yang anda perlu dengan pantas, selamat dan kos-efektif. Disokong 100% oleh jaminan
“Tiada data, tiada bayaran”, CBL menyediakan semua pelanggan kami keselesaan, sekuriti, dan kepuasan yang diingini daripada pembekal perkhidmatan pemulihan mereka. Kami memulihkan data anda atau anda tidak perlu bayar. Ini jaminan kami.
Proses untuk perkhidmatan pemulihan data komputer Windows Xp
Mulakan proses pemulihan data CBL dengan mengisi borang
pemulihan data windows atas talian kami atau hubungi kami di panggilan bebas tol 1800-82-257-464 untuk berhubung dengan salah seorang pakar khidmat pelanggan kami. Pakar khidmat pelanggan CBL anda akan bertanya beberapa soalan untuk mengenalpasti sebab kehilangan data anda dan akan memimpin anda melalui proses pemulihan.
Bergantung kepada tahap perkhidmatan yang diperlukan, data anda dapat dikembalikan dalam jangka masa 24 jam sekurang-kurangnya.
Sebaik sahaja cakera keras anda diterima CBL, ia akan segera dimuatkan ke dalam sistem kami. Anda akan menerima panggilan daripada perunding perkhidmatan CBL yang akan mengesahkan media anda telah diterima dan seterusnya meminta maklumat tambahan yang diperlukan jurutera pemulih data kami.
Cakera keras anda akan ditempatkan di dalam makmal kami untuk penilaian percuma. Pada masa yang sama, salinan media anda akan dibuat. Sebagai sebahagian komitmen perkhidmatan kami kepada anda, satu salinan yang boleh digunakan adalah penting untuk memastikan integriti data anda yang asli dipelihara pada setiap masa.
Sebaik sahaja selesai penilaian, pakar khidmat pelanggan kami akan menghubungi anda berkenaan keputusan makmal. Jika data dapat dipulihkan, sebut harga akan difakskan atau diemelkan dengan segera kepada anda.
Setelah data dipulihkan, proses pengawalan mutu yang ketat memastikan data tersebut boleh digunakan.
Data anda akan dipulangkan dalam media pilihan anda. Lazimnya cakera padat sering digunakan namun cakera keras boleh dipakai jika perlu. Dalam sesetengah kes, CBL boleh memulangkan data atas talian melalui pemindahan FTP (Protokol Pemindahan Fail). Dengan cara ini, data anda boleh dimuat turun dengan cepat dan selamat.
Jika data tidak boleh dipulihkan pula, anda tidak akan dikenakan bayaran untuk penilaian mahupun percubaan pemulihan data yang telah dijalankan.
Sila isi borang
pemulihan data atas talian kami untuk menguruskan penghantaran cakera keras anda. Sistem pemulihan data atas talian ini akan menyediakan nombor rujukan tugas untuk tujuan pengesanan serta arahan pengangkutan media anda.
Hubungi kami sekarang untuk memulakan proses pemulihan data linux anda di talian 1800-82-257-464.